Tag Archives: jpsp

hmmm….mengeluh panjang..

lega..

sebab semua dah setel.

semua yang berkenaan debat arau 2009 ni nanti.

lega dan gembira, dapat setelkan dalam masa 1 hari je.

huh…

1. malam semalam berjaga dari pukul 12.oo, lepas abis maen volley ngan member2 syafiq, siddiq, and eddy, sebab nak buat laporan training untuk pasukan debat utp.

2. x la susah mane, sbb just nak translate dari bm ke bi sbb nak kena buat formal letter for this coming arau open. tp yang lamanye, sbb x berapa nak mahir guna word 2007, hayoo!!

3. lepas goreng nye goreng, tambah yang kurang, buang mana2 yang terlebih, so siap la ktorg nye laporan. yang x tahan nye, siap ade wat latihan jogging ramai2 budak2 team debat utp nih..untuk naikkan stamina kaedahnye..

4. and yang bestnye, saya masukkan sekali ktorg nye frendly match ngan mmu and upsi aritu..siap dalam kurungan mmu(JOHAN DEBAT ASTA 2009) dan upsi (NAIB JOHAN DUA TAHUN BERTURUT-TURUT DEBAT KEMERDEKAAN)..hehe.

5. tujuannya nak attach laporan latihan ini ialah sbg back up bila di tanya apa persiapan team untuk ARAU OPEN ni, sbb ktorg tgh final time tuh, nasib baek la saya and beberapa sahabat lagi habis awal final.

6. pastu nak kena buat jadual final pulak untuk bukti yang ktorg habis awal final..

7. so sedar x sedar, jam dah pukul 5 am. baru terhegeh nak antar kat email si munir. yang mamat ni pulak gigih gi tgk bola kat mamak. feeling sgt. xtau la best nye ape. kate munir best, sbb ddapat scan ombre2 cando. entah la betul ke tidak.hehe.

8. ok setel keje2 pagi tuh, yang proposal semua tuh munir siapkan, so sy pun tido. sebab esoknya dah janji, kol 10.30 kena kumpul semua kat pocket D.

***

9. bgn2 nye, kol 8.45, eddy kol, “awak, awak kat mane? kate nak makn sekali”….haiyoo!! silap nombor katenye..pitams! smabung tido.

10. kol 11.23,eddy kol lagi, meroyan marah2..terpaksa la bgn jugak. terbaca msg munir “sori uol, i baru bgn ” pukul 11.17 lebih kurang msg die..hmm…so janji kosong belaka, dari nak gerak kol 10.30, bgn nye pun dah 11.30++, jd keje pun lewat.

11. saya tgh ngantok2 lalat lagi, pegila mandi. siap2, pukul 11.45, kol budak2  2 ekor tuh, x dapat2. ni mesti tgh meeting ngan ma’am or encik md rosli ni, pikir saya. so dgn hati membengkak ni kena tinggal ngan 2 ekor beruk tuh, jalan la g pocket D. tetiba terpkr nak kol siddiq, and yg menjawabnye si eddy. pitam. batteri hp die abis. die x gerak agi rupanye. pitam2..

12. saya sorg2 la yg kena g amek invitation letter dari ARAU OPEN ni kat jpsp, and antar borang claim saya sekali. da setel semua, munir kol, cakap die dah sampai kat pocket D. so akhirnya kami jumpa pada pukul 12.30. nak jumpa ma’am, ma’am xde pulak kat ofis die. kol punye kol, dapat, and die ade meeting di undercroft.

13. so die janji nak jumpa pukul 1.oopm. belek punye belek invitation letter tu, semua peserta kena bayar 200 seorang. tapi dalam proposal yang di buat oleh munir tu pulak silap letak bayaran peserta. patutnya 200 seorang, ni jadi 250 seorang..kena la tukar balik surat tuh.

14. gigih kol siddiq, suruh die forwardkan memo ARAU OPEN tuh kat gmail munir. pegi blok 1 nak print, xde printer pulak, antar kedai servis.

15. pegi blok 2, nasib baik ade, masalah kertas pulak xde. gigih mencari kat file, akhirnye jumpa 2 helai kertas a4 murah dan nipis and kalis cahaya, haiyoo!! nak wat camne, guna je la. xde choice.

16. lepas editing process semua selesai, pegi undercroft. tunggu dr. syarina. dari kol 12.55pm sampai la 1.24pm, x jumpa2. maybe meeting lagi kut. sbb kol pun x dapat. jadi sbb yang si munir ade meeting laen pulak, die mengundur diri dulu. saya dan si eddy saja yang setia menunggu lagi. dah lama2 sgt tunggu, sbb takut ade appointment ngan mr. md nor rosli kol 2.30 pm ni pulak, ktorg pun berangkat jugak, sambil2 kol ma’am aka dr. syarina jugak.

17. sampai2 bilik, terus eddy memadu rindu kat katilnye..tetiba dr. syarina kol, cakap jumpa die kat ofis die, before pukul 2. yg kami ni baru sampai kat bilik eddy, kol 1.40, sbb nak tukar baju. kaedahnya, kardigan x bleh bawak jumpa en. md nor rosli, yg eddy pulak pakai crocs, xbleh2..nak kena saman ngan pak guard?? bergegas tukar baju semua and gerak terus. dengan tanpa lunch and minum nye ni..memang penat, jaoh kut v1 aka bilik eddy tuh ngan blok 20 tuh..

18. sampai bilik ma’am, kena tunggu die abiskan panggilan die dulu. tetiba terdengar die baru terbuat appointment pada 25th of may ni semasa berbual di telefon..haiyoo! sudah… xdapat la ni.. abis2 kol je, usya2 surat, tanye bile, and memang die x dapat pegi, sbb appointment yang die baru buat tu.. so how? memang memitamkan!! die cadangkan nama dr faris. ok la, dr. faris pun dr. faris la. asalkan ade.

19. dari bilik dr. syarina ni, kami pegi blok 14 pulak, bilik dr. faris. harap2 ade la die kat bilik die. sampai2 je kat bilik dr. faris, die pun xde. mintak no die kat dr. syarina, and kol die. masuk voicemail..pitam. rupa2nya, die memang xde satu hari ni. sampaikan student2 die dtg, tampal memo kuning je kat pintu bilik die. haiyoo!! masalah2…

20. jam da menunjukkan 2.30 da. nak kena pegi appointment ngan en. md nor rosli pulak. pegila jalan laju2 sbb dah lambat ni. memang panas, tambah2 eddy nk sgt guna jalan lalu hutan tgh2 chancellor complex tuh, memang basah la ketiak, x tipu. sampai kat ofis sblh irc. daftar kat pak guard, and pak guard ni yang akan usher ke bilik en. md. nor rosli. haiyoo! bukan maen lagi.. maybe first time buat keje2 camni, so memang kagum la. macam nak sembah ratu sgt kat en. md nor rosli ni sbb ala2 di iringi pak guard aka polis ke bilik die.

21. sampai kat depan bilik die, di sambut oleh pembantu khas aka p.a or kerani khas die pulak tuh. “adik, tunggu kejap ye, nanti saya panggil”..gitu! ala2 korporat sgt. hati dah cuak da ni, mcm nak jumpa menteri kaedahnye.

22. so sy and eddy tunggu la sambil merangka nak jawab ape kalau die tanya ape2 ke nanti. macam nak berbahas la ni, kena kuarantin kejap, before berbahas. hehe.. baju siap tuck in lagi tu yang x tahan.

23. masuk2 jumpa en. md nor rosli, duduk kat meja bulat and bincang la. mula2 igt susah la nak dapat approval, sbb ade byk masalah yang berbangkit.

a) kitorg tgh exam week, risau management x bg.

b) ktorg xde pengiring lagi ni, sbb dr. syarina x dapat pegi, dr. faris x dpt dihubungi

c) bayaran yang dikenakan agak mahal

d) berkenaan persiapan untuk ARAU OPEN ni.

24. berkenaan bayaran, cuma elaun harian pelajar yang berjumlah 15 seorg sehari di gugurkan, utp akan bayar yuran penyertaan. exam week pulak x mengganggu sbb semua peserta dah hbs exam da time tuh. berkenaan persiapan, kami bentangkan pulak berkenaan workshop dan training secara intensif setiap malam yang kami buat. malah kami buat jugak friendly match dengan mmu dan upsi hujung minggu yang lalu.

25. mula2 igt susah sgt la nak berurusan dengan en. md nor rosli ni, tp senang je, asalkan kite  buat apa yang betul and jgn propa, so lepasla. tp kena yakin jugak akan kemampuan pasukan untuk menang..hehe..so settle la.

26. cuma masalah nak cari pegawai pengiring saja. last2, kami ambil saja en. muhamad haris, staff irc untuk mengiringgi kami. selesai tugas.

27. berkenaan proposal tu pulak, baru terperasan dengan kesilapan surat proposal tersebut, ade ke patut at the end of surat tu di sign oleh ma’am jugak? patutnya di sediakan oleh, sign oleh si penyedia surat tu la..pitams2..so kena print and edit jugak proposal letter tuh untuk terakhir kalinye di irc. caj print 2 helai kertas, rm0.40.

28. siap2 semua, mintak cop en. muhamad haris tu, and terus kami hantar ke jpsp, pocket D.

29. kat pocket D, jumpa en. raja shoman, mintak di uruskan apa yang patut. pada awal nya, die berkeras juga nak kami settlekan hari isnin sbb esok cuti, and arini die bz sgt, tp lepas dirayu2, akhirnya die mengalah juga.

30. die tolong sediakan pengangkutan dan selesailah tugas kami. si eddy pulak gigih faks kan senarai nama peserta debat utp ke uitm Arau balik. selesai semua, en. raja shoman bagi letter and diminta untuk di hantar ke maintenance blok untuk tindakan lanjut.

31. jadi, sbb gigih nak settlekan perkara ni hari ni jugak, eddy ngan saya pegila maintenance arini jugak. sampai2 kat maintenance,bagi abg tuh borg yg en. raja shoman bagi td, and selesaila tugas kami hari ni..

huh….lega…memang lega!!!

so, my first task yg memenatkan and worth it bcos saya betul2 nak pegi arau ni.

no wonder si eddy menangis2 masa post mortem astar yg aritu, baru aku tau penatnye nak menjayakan xtiviti luar ni, and betapa sentapnya kalau x dihargai penat lelah kita.

thanx to eddy, munir, junny, siddiq yang membantu drama saya hari ni.

thanx juga buat dr. sharina, en. md nor rosli, en. raja shoman, en muhamad bin haris dan brother yg jaga kaunter maintenance blok tuh.

thanx buat pak guard yang mengiringi kami ke bilik en md nor rosli, mak guard yang sempat kami tanyakan tentang dr. syarina, dan brother kat jpsp yang membantu tgkkan faks pg td di jpsp.

thanx buat semua yang menjayakan drama sebabak hari ni..

hehe..

baru ku tau…