Tag Archives: Islam

sebenarnya telah lama teringin untuk melakukan sesuatu berkenaan wakeupproject ni.

setakat ini, saya da habiskan 2 siri wakeupproject, the arrival dan the divine book.

wakeupproject ini ialah satu project yang dikendalikan beberapa sahabat saudara seislam kita di asia barat yang bermatlamatkan menyedarkan seluruh umat manusia di dunia ini berkenaan satu kebenaran.

hendak tahu apa kebenaran tersebut, anda saksikan sendiri video2 hasil anak2 muda ini sendiri di laman youtube.

taip the arrival dan the divine book, pasti akan telah setapak mendekati satu misteri.

atau lawati sahaja laman web rasmi mereka ini, www.wakeupproject.com

percayalah, anda tidak rugi walau sesaat pun menyaksikan video2 tersebut.

bagi saya sendiri, siri the arrival dan the divine book telah banyak mengubah perspektif saya berkenaan Islam, Kristian dan Judaism.

jika dulu, hendak sebut nama Jesus Christ pun saya takut dan teragak2, kerana takut terpesong dan sebagainya, hinggakan saya pelik apabila ulama2 di asia barat selamba je menyebut nama tersebut, tapi kini saya yakin menyebut nama tersebut.

kerana sekarang saya faham yang Jesus Crist itu ialah Nabi Isa.

jika dulu saya sering tertanya2, mengapa berlaku kelainan dalam setiap ajaran Nabi2 Allah, sehingga berlaku perbezaan ketara pada hari ini? sampai saya sendiri takut untuk ,memikirkan persoalan ini apatah lagi untuk bertanyakan kepada mana2 guru agama, tapi kini saya yakin dan percaya, ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi2 yang lain ialah ajaran yang sama dengan ajaran yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu pengabdian diri kepada tuhan yang satu, iaitu Allah S.W.T.

sukar untuk saya jelaskan secara terperinci, untuk dapatkn gambaran yang lebih adil berkenaan perkara2 yang saya sebutkan di atas, anda saksikanlah sendiri siri2 tersebut.

Moga Allah membuka pintu hati saya dan anda untuk sentiasa berada di jalan-Nya.
Amin.