Tag Archives: debat

baru hari ini ade semangat sikit nak update blog nih.

bukan ape, bz memanjang, and mood tuh macam hilang je.

huhu.

perkhabaran yang sedikit duka buat warga penyokong team utp kat pertandingan debat baru2 ni.

ade 2 pertandingan, debat kepenggunaan and debat perpaduan.

ni nak updatekan untuk anda semua.

untuk debat fomca aka kepenggunaan dulu.

Pusingan 1

usul:Botol susu plastik wajar diharamkan
kerajaan:KPM Indera Mahkota
pembangkang:UTP
pendebat terbaik:Siddiq Mahyildin – UTP
margin:9.66
juri:3 – 0
pemenang:UTP
rank:3/42

Pusingan 2
usul:Pengguna Di Malaysia Sedar
kerajaan:UTP
pembangkang:IPGM Perempuan Melayu
pendebat terbaik: Junnyaruin – UTP
margin:6.00
juri:2 -1
pemenang:UTP
rank:7

Pusingan 3
usul:Pendidikan Pengguna dalam kurikulum Sekolah Melahirkan Pengguna Bertanggungjawab
kerajaan: USIM
pembangkang:UTP
pendebat terbaik:Abdullah Bin Long – USIM
margin:3.00
juri:2 – 1
pemenang:UTP
rank: 5

Pusingan 4
usul:Petani Di Malaysia Tidak mendapat Harga Yang Patut
kerajaan:IPGM Bahasa Antarabangsa
pembangkang:UTP
pendebat terbaik:Mohammad Asyraf – IPGM BA
margin:4
juri:2 -1
pemenang:IPGM BA
rank:8

Pusingan 5
usul:Kepentingan Ekonomi Di hadapan Tanggungjawab Sosial Di Belakang
kerajaan:UTP
pembangkang:MMU
pendebat terbaik:Junnyaruin – UTP
margin:2.5
juri:2 – 1
pemenang:UTP
rank:8

Pusingan 6
usul:Iklan Makanan Ringan Sekadar Gimik
kerajaan:IPGM BA
pembangkang:UTP
pendebat terbaik:Junnyaruin – UTP
margin:3.00
juri:3 -0
pemenang:UTP
rank:4

Tamat pusingan 6, maka tamatlah
pusingan awal. Dengan kedudukan UTP ditangga ke-4 daripada 42 pasukan, maka UTP telah berada dalam senarai pasukan yang layak ke suku akhir bersama-sama, UPM,UKM,IPGM I,UTHM,UiTM,UIAM,USM.Peringkat suku akhir, UTP ditemukan denag pasukan tuan rumah yakni UTHM.

Pusingan suku akhir
usul:Iklan Mendidik Pengguna
kerajaan:UTP
pembangkang:UTHM
pendebat terbaik:Junnyaruin – UTP
margin:3.00
juri:4 – 1
pemenang:UTP

Pusingan searuh akhir:
usul:FSC Memastikan Khazanah Hijau Kekal
kerajaan:UPM
pembangkang:UTP
pendebat terbaik:Junnyaruin – UTP
margin:1.33
juri:3 – 2
pemenang:UPM

*thanx to muiz maria for such a detail report.

di pentas final menemukan upm ukm.

usul: kuasa pengguna hanya pada nama
kerajaan ukm
pembangkang upm

pemenang upm
pendebat terbaik syam upm

so congrate to upm.

ukm da dua kali final, melets korg tahun ni.

next, alam sekitar,igt temu janji kita di pentas final.

upm, memang kagum ngan amir, ammar and syam. rekod tanpa kalah.
tahniah.

untuk utp, especially to junny siddiq and hairul,

“kemenangan bukan milik mutlak, kekalahan bukan satu warisan. kejar kejayaan, tinggalkan kekalahan.”

debat perpaduan

utp sampai ke suku akhir
ditewaskan oleh um.

azam saya, tunggu saya datang lagi tahun depan.
akan saya buktikan.

………..

akhirnye, lepas lama terputus hubungan ngan dunia maya ni, saya kembali lagi membawa berita gembira.

laporan kedua Debat Terbuka Arau 2009

PUSINGAN SUKU AKHIR

Menemukan                :UTP (kerajaan) vs UMP (pembangkang)

Usul                               : BANK DUNIA PENYELAMAT NEGARA DUNIA KETIGA

Keputusan                   :USUL DITERIMA (utp menang)

Margin                          : 3

pendebat terbaik      :EDDY (UTP)

JURI                              : 5-0

PUSINGAN SEPARUH AKHIR

Menemukan                : UTP (kerajaan) vs UITM PAHANG (pembangkang)

Usul                                :  KERETA HIBRID MAMPU MENGURANGKAN PENCEMARAN

Keputusan                  : USUL DITERIMA(utp menang)

Margin                          : 3

pendebat terbaik      : MUNIR (UTP)

JURI                              : 6-1

PUSINGAN AKHIR

Menemukan              : UPM A (kerajaan) vs. UTP (pembangkang)

Usul                              : PASARAN BEBAS BERAT SEBELAH

Keputusan                 :USUL DITOLAK (utp menang)

Margin                        : 2

pendebat terbaik   :MUNIR (UTP)

JURI                           : 6-3

KESELURUHANNYA, UTP BERADA DI RANKING 1 KESELURUHAN,

UNTUK KATOGERI PENDEBAT PULAK, UTP DIDAHULUI OLEH AHMAD MUNIR DITANGGA KE-5, EDDY KE-7, DAN SAYA KE-13. LUQMAN PULA MENTERI TIDAK BERSIDANG, TAPI DENGAR KHABAR, KALAU ADA ANUGERAH SIMPANAN TERBAIK DAN MELETS, PIHAK PENGANJUR TANPA BERBELAH BAGI AKAN BAGI KEPADA LUQMAN. MUNGKIN LAIN KALI KUT.

TERIMA KASIH KEPADA JUNNY YANG SGT BANYAK MEMBANTU JUGA MEMOTIVASIKAN KAMI, HAIRUL YANG KEKAL BUAT KAMI BERGELAK TAWA DALAM KE-STRESS-AN, SIDDIQ YANG MELETS DAN GIGIH MASUK KE “BILIK-(RAHSIA)-DEBAT” MELALUI TINGKAP KACA KAUNTER PERTANYAAN(nasib baik muat), dan juga syafiq, wadi, imran muiz yang marah aku letak nama die maria, (xmao, aku xkan tukar).

JUGA X LUPA, MA’AM, PUAN SHARINA, “how we wish u r there with us”

EN MD ROSLI, “janji kami untuk juara tertunai, izinkan kami pergi lebih banyak tournament lagi”

dan juga semua yang terlibat, en raja shoman, pn mazlina, pak cik driver yang sporting, pak guard yang best2, and semua2 la.

and last but not least,

TO OUR LOVELY RECTOR, thanx Datuk for supporting us.

tu jer.

.

debat friendly

2-3 mei yg lalu menyaksikan utp buat pertama kalinya berjaya menganjurkan debat persahabatan dengan upsi(naib johan debat kemerdekaan 2008) dan mmu(johan debat terbuka ASTAR).

debat persahabatan ini dimeriahkan dan disempurnakan lagi dengan kehadiran ahli jawatan kuasa pertandingan debat alam sekitar yang bakal berlansung pada 25-28 julai nanti dan bertempat di utp.

terima kasih kepada mmu dan upsi kerana sanggup datang dari jauh untuk menjayakan program ini.

friendly mmu utp upsi

byk perkara yang telah saya pelajari dan juga saya akan jadikan batu loncatan untuk pencapaian ke peringkat yg lebih baik di masa yang akan datang.

http://debatalamsekitar2009.blogspot.com/

untuk lebih gambar lawati laman blog diatas.

debatkhusyuk!giliran aku pulak

bersemangat nih!

aksi debat

aksi debat

tepat jam 9.30, junny datang bilik saya, bersama hairul, gigih kejutkan sebab ada workshop pukul 930 am.(padahal, baru nak bgn nih..), nasib baik si shuk datang da tolong kejutkan td, xla mcm liat sgt nak bgn.

tanpa mandi and bergosok gigi, saya terus sarong seluar dan baju n pegi tasek utp.

di hikayatkan la, kami ni siap2 dah dgn sport shoes, alkesahnya, sbb junny kata dia nak buat training ala tentera hari ini, yakni kena jogging keliling tasek utp 5 round..apatah lagi dengan saiz junny yg semakin sehat tu, maka memang sahih la nak berjogging ni.

saya tiba di tasek lewat sedikit, and dari jaoh da nampak dah gelagat junny dan kuncu2 debat.
mase nak mendapatkan dorg pun, saya berlari, punyalah semangat nih..

(dalam keadaan mood nak berlari tuh..)tetiba junny suruh duduk kat bawah pokok.

alih2 yg sbnrnye, hari ini ada workshop yg mengangkat tema alam sekitar, yg dikendalikan oleh junny.

tiada lari2, yg ade hanya lah workshop untuk tingkatkan mutu persembahan ahli2 debat junior.

tp xpe, wpon xde lari2, tetap bersemangat ikut workshop.

kehadiran junny and hairul sbg instructor,

saya, siddiq, syafiq, muiz, shuk, wadi sbg peserta workshop.

luqman xdatang sbb balik rumah, eddi ade event debat alam sekitar hanya datang untuk sesi kedua, munir datang lambat, hanya sempat sesi kedua sahaja.

and bermulalah sesi workshop pasukan debat utp.

sesi 1.debat belon

kami diberi case study iaitu dalam keadaan belon udara hanya boleh menampung hanya 1 penumpang, maka siapa yang paling layak untuk diselamatkan nyawanya daripada kawasan afrika itu?

kami diarahkan oleh hairul untuk memilih personaliti dan personaliti inilah yg kami pertahankan untuk siapa yg lebih layak diselamatkan.

personaliti pilihan saya ialah dr. mahathir. entah kenapa, sbb terlintas kat otak saya time tuh mesti seorang yg penting dan prominent.

yg lain pilih dr fadzilah kamsah, aaron aziz(uhuks), tomok(ahaks), siti nurhaliza, dan superman. (masa ni, munir and eddy x sampai lagi)

ktorg pun present sorg demi seorg personaliti kami.

kemudian diakhiri dengan komen instructor. saya mendapat komen seperti biasa, kurang professionalisme-(mungkin terbawa karektor xserius saya di luar medan debat) and penghuraian isi yg x bagus. lagi satu syok sendiri, audiens x dijaga.

huhu.

yg laen2 dapat gak komennye, tp overall, ok la.

kata hairul, objective nye sesi 1 ini ialah untuk meyakinkan org tentang pembawaan kita, kenapa mesti personaliti kita yg wajar diselamatkan.

and kedua, pemilihan konsep haruslah kena tepat dan baik, pemilihan konsep yg kurang bagus akan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan isi.—-(konsep superman, dah die boleh terbang kenapa nak gigih berebut naik belon udara panas??)

and ketiga, jgn salah konsep..(khas untuk shuk…haha)

junny pulak suruh senaraikan apa kelemahan semasa beraksi di pentas debat.

bagi saya, masalah utama saya ialah utk menjadi professional. yang kedua pembinaan karektor semasa berdebat.

sukar untuk mendapatkan kedua2 nya kerana memang pembawaan diri saya yang x menekankan aspek keseriusan, bukan bermaksud saya x serius, tapi pembawaan diri sbg seorg yg x serius, menyebabkan hilang keprofesionalan semasa berucap. yg pasal karektor tu, saya masih mencari karektor diri.

lepas semua selesai bagitau masalah masing2 semasa berdebat, junny bg pesanan, kena bagi impak dalam berdebat, pertama adakan drama dalam persembahan-bukan drama yg drama queen nye standard, tp drama yg memberi kesan kepada pengucapan kita dan kedua nya, kena lebih expressive.

jadi elemen drama diterapkan dalam workshop oleh junny, kata dia akan ade penyingkiran dari sesi 1 ini…(alamak, dah macam reality show la pulak)

dan peserta tersingkir ialah..

percaya? xda maknanya tersingkir, semua berjaya meneruskan perjuangan untuk sesi kedua.

rehat kejap and kami teruskan sesi kedua.

sesi 2.

kami diberi sekeping kertas putih yang didalamnya hanya ada 1 perkataan.

tugasnya, kami diberi masa 7 minit untuk present apa yang ada dalam kertas tersebut-pidato style.

saya dapat perkataan -”CINTA”

sebab topik tu x provoke apa2, jadi saya stuck kejap nak cakap pasal apa.

takut kalau x pilih konsep yang bagus akan menyebabkan kesukaran untuk buat isi.

jadi saya rangka akan menceritakan bahawa perasaan cinta ini baik, tapi apabila kecintaan menjadi ketaksuban yang membelakangkan akal fikiran yang rasional akan membawa keburukan.

maksudnya cinta yang asasnya perkara yang baik, tetapi boleh juga mengakibatkan keburukan andai kata cinta itu menjadi satu ketaksuban.

saya igt nak buat drama or gimik la,

so intro saya nak buat begini,

“Cinta agung Adam dan Hawa, walaupun kedua-duanya terpisah dengan berada di dua penjuru dunia yang berbeza, membawa penyatuan jua yang akhirnya melahirkan generasi manusia hari ini. Tetapi kerana cinta Qabil terhadap adik kembarnya jualah, dia sanggup membunuh adik lelakinya sendiri, Habil. Membuktikan betapa jika cinta yang membelakangkan rasional akal fikiran akan membawa bencana.”

tapi sebab tak terbiasa melakukan drama2 ni, apa yang dirancang menjadi cliche’ dan sampai audiens berfikir dua kali kaitan cinta nabi Adam dan Hawa dengan kisah cinta Qabil yang menyebabkan dia membunuh adiknya sendiri, Habil.(dari mana saya tau, dari muka psycho Eddy, sampai saya terfikir “eh, betulkah apa yang aku cakap ni?”..huhu)

sedangkan apa yang saya cuba tunjukkan ialah betapa agungnya cinta Adam dan Hawa namun benih dari cinta agung ini jugalah, iaitu, Qabil sanggup membunuh saudara kandung seibu sebapanya, Habil demi mempertahankan cintanya terhadap kembar perempuannya.

tu baru intro, secara ringkas apa yang saya tunjukkan kat audiens ialah cinta itu baik dan indah malah menganjurkan kedamaian, tapi cinta yg telah membelakangkan akal fikiran akan membawa keburukan dan bencana.

jadi 3 skop cinta yg saya bawa, cinta pada kepercayaan, cinta kepada idealogi dan prinsip2 hidup, dan cinta kepada negara.

keseluruhannya, persembahan saya tidak seperti yang saya rancang dan harapkan, tetapi mendapat komen yang baik dari kawan2.

habis sesi kedua, kami bersurai untuk siapkan diri untuk sembahyang jumaat.

tamat la workshop kami yang pertama ini.

harap2 ade la lagi workshop2 seperti ini dimasa hadapan.

terima kasih kepada senior2 yang sanggup and gigih membantu kami meningkatkan prestasi diri.

………

berdebar jugak nak tunggu debat perpaduan ni.

entah la, takut bile nak digandingkan dengan junny dan hairul tu.

si junny ni bukan boleh buat maen, igt lagi masa die naik angin masa debat fomca 2008, seram..

hehe.

em, pape pun, thanx to them, bg kepercayaan utk saya beraksi nanti di pentas debat perpaduan unimas.

harap2 berita gembira menanti di sana.

ada satu lagi perkara, berkenaan debat terbuka arau 25 mei ni, saya da janji nak tolong budak2 kusess buat preparation utk ppm, tp hati ni nak jugak tampil beraksi sendiri.

huhu, pening2…

tgk la dulu macam mana.
yg debat arau ni pun utp x sure agi anta ke x.

tp kalau antar, alamatnye, ppm saya x dapat la.

andai dapat dibelah dua tubuh ini…hehe..

lagi satu, minggu ni tensen nak siapkan diri utk test2 second every subject.

esok sampai ade dua test.

aduhai..penin2…

em…
malam ni ade training, so nak study for tomorrow nye test or trainin..

hati kuat suruh g training, study x masuk pun..hehe(akal jahat..hohoho)

tgk la mcmana, sbb katenye ujung minggu ni, upm, upsi, mmu nak datang utp, buat frendly match.

and saya kena beraksi juga, utk tgk prestasi utk perpaduan nanti.

penin2…

em…
huh……..

tolong saya…

membanggakan!

satu perkataan yg sesuai menggambarkan apa yang saya rasakan untuk pasukan debat kusess.

bertindak ex-senior yg dtg menjenguk, memang terharu apabila apa yang kami tinggalkan dulu ,masih menjadi pegangan adik2.

cuma yg mengecewakan sedikit, ialah lemahnya dalam isi n penghuraian hujah.

entahlah, kemahiran ini bukan dapat di ajar dalam masa x sampai 24 jam saya bersama mereka, cuma saya harapkan walau tidak dapat diaplikasikan semasa debat teresebut, sekurang2nya, untuk ppm nanti, adik2 kusayang akan mengguna pakai cara tersebut.

kepada cikgu yg setia bersama kami, terima kasih, kini sudah genap 10 tahun bersama pasukan debat, dari hanya seorg bidan terjun, kepada seorg yg sgt mahir dalam selok belok debat, tahniah dan terima kasih diatas kesabaran cikgu melayan karenah kami.

terima kasih kusess.