tepat jam 9.30, junny datang bilik saya, bersama hairul, gigih kejutkan sebab ada workshop pukul 930 am.(padahal, baru nak bgn nih..), nasib baik si shuk datang da tolong kejutkan td, xla mcm liat sgt nak bgn.
tanpa mandi and bergosok gigi, saya terus sarong seluar dan baju n pegi tasek utp.
di hikayatkan la, kami ni siap2 dah dgn sport shoes, alkesahnya, sbb junny kata dia nak buat training ala tentera hari ini, yakni kena jogging keliling tasek utp 5 round..apatah lagi dengan saiz junny yg semakin sehat tu, maka memang sahih la nak berjogging ni.
saya tiba di tasek lewat sedikit, and dari jaoh da nampak dah gelagat junny dan kuncu2 debat.
mase nak mendapatkan dorg pun, saya berlari, punyalah semangat nih..
(dalam keadaan mood nak berlari tuh..)tetiba junny suruh duduk kat bawah pokok.
alih2 yg sbnrnye, hari ini ada workshop yg mengangkat tema alam sekitar, yg dikendalikan oleh junny.
tiada lari2, yg ade hanya lah workshop untuk tingkatkan mutu persembahan ahli2 debat junior.
tp xpe, wpon xde lari2, tetap bersemangat ikut workshop.
kehadiran junny and hairul sbg instructor,
saya, siddiq, syafiq, muiz, shuk, wadi sbg peserta workshop.
luqman xdatang sbb balik rumah, eddi ade event debat alam sekitar hanya datang untuk sesi kedua, munir datang lambat, hanya sempat sesi kedua sahaja.
and bermulalah sesi workshop pasukan debat utp.
sesi 1.debat belon
kami diberi case study iaitu dalam keadaan belon udara hanya boleh menampung hanya 1 penumpang, maka siapa yang paling layak untuk diselamatkan nyawanya daripada kawasan afrika itu?
kami diarahkan oleh hairul untuk memilih personaliti dan personaliti inilah yg kami pertahankan untuk siapa yg lebih layak diselamatkan.
personaliti pilihan saya ialah dr. mahathir. entah kenapa, sbb terlintas kat otak saya time tuh mesti seorang yg penting dan prominent.
yg lain pilih dr fadzilah kamsah, aaron aziz(uhuks), tomok(ahaks), siti nurhaliza, dan superman. (masa ni, munir and eddy x sampai lagi)
ktorg pun present sorg demi seorg personaliti kami.
kemudian diakhiri dengan komen instructor. saya mendapat komen seperti biasa, kurang professionalisme-(mungkin terbawa karektor xserius saya di luar medan debat) and penghuraian isi yg x bagus. lagi satu syok sendiri, audiens x dijaga.
huhu.
yg laen2 dapat gak komennye, tp overall, ok la.
kata hairul, objective nye sesi 1 ini ialah untuk meyakinkan org tentang pembawaan kita, kenapa mesti personaliti kita yg wajar diselamatkan.
and kedua, pemilihan konsep haruslah kena tepat dan baik, pemilihan konsep yg kurang bagus akan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan isi.—-(konsep superman, dah die boleh terbang kenapa nak gigih berebut naik belon udara panas??)
and ketiga, jgn salah konsep..(khas untuk shuk…haha)
junny pulak suruh senaraikan apa kelemahan semasa beraksi di pentas debat.
bagi saya, masalah utama saya ialah utk menjadi professional. yang kedua pembinaan karektor semasa berdebat.
sukar untuk mendapatkan kedua2 nya kerana memang pembawaan diri saya yang x menekankan aspek keseriusan, bukan bermaksud saya x serius, tapi pembawaan diri sbg seorg yg x serius, menyebabkan hilang keprofesionalan semasa berucap. yg pasal karektor tu, saya masih mencari karektor diri.
lepas semua selesai bagitau masalah masing2 semasa berdebat, junny bg pesanan, kena bagi impak dalam berdebat, pertama adakan drama dalam persembahan-bukan drama yg drama queen nye standard, tp drama yg memberi kesan kepada pengucapan kita dan kedua nya, kena lebih expressive.
jadi elemen drama diterapkan dalam workshop oleh junny, kata dia akan ade penyingkiran dari sesi 1 ini…(alamak, dah macam reality show la pulak)
dan peserta tersingkir ialah..
percaya? xda maknanya tersingkir, semua berjaya meneruskan perjuangan untuk sesi kedua.
rehat kejap and kami teruskan sesi kedua.
sesi 2.
kami diberi sekeping kertas putih yang didalamnya hanya ada 1 perkataan.
tugasnya, kami diberi masa 7 minit untuk present apa yang ada dalam kertas tersebut-pidato style.
saya dapat perkataan -”CINTA”
sebab topik tu x provoke apa2, jadi saya stuck kejap nak cakap pasal apa.
takut kalau x pilih konsep yang bagus akan menyebabkan kesukaran untuk buat isi.
jadi saya rangka akan menceritakan bahawa perasaan cinta ini baik, tapi apabila kecintaan menjadi ketaksuban yang membelakangkan akal fikiran yang rasional akan membawa keburukan.
maksudnya cinta yang asasnya perkara yang baik, tetapi boleh juga mengakibatkan keburukan andai kata cinta itu menjadi satu ketaksuban.
saya igt nak buat drama or gimik la,
so intro saya nak buat begini,
“Cinta agung Adam dan Hawa, walaupun kedua-duanya terpisah dengan berada di dua penjuru dunia yang berbeza, membawa penyatuan jua yang akhirnya melahirkan generasi manusia hari ini. Tetapi kerana cinta Qabil terhadap adik kembarnya jualah, dia sanggup membunuh adik lelakinya sendiri, Habil. Membuktikan betapa jika cinta yang membelakangkan rasional akal fikiran akan membawa bencana.”
tapi sebab tak terbiasa melakukan drama2 ni, apa yang dirancang menjadi cliche’ dan sampai audiens berfikir dua kali kaitan cinta nabi Adam dan Hawa dengan kisah cinta Qabil yang menyebabkan dia membunuh adiknya sendiri, Habil.(dari mana saya tau, dari muka psycho Eddy, sampai saya terfikir “eh, betulkah apa yang aku cakap ni?”..huhu)
sedangkan apa yang saya cuba tunjukkan ialah betapa agungnya cinta Adam dan Hawa namun benih dari cinta agung ini jugalah, iaitu, Qabil sanggup membunuh saudara kandung seibu sebapanya, Habil demi mempertahankan cintanya terhadap kembar perempuannya.
tu baru intro, secara ringkas apa yang saya tunjukkan kat audiens ialah cinta itu baik dan indah malah menganjurkan kedamaian, tapi cinta yg telah membelakangkan akal fikiran akan membawa keburukan dan bencana.
jadi 3 skop cinta yg saya bawa, cinta pada kepercayaan, cinta kepada idealogi dan prinsip2 hidup, dan cinta kepada negara.
keseluruhannya, persembahan saya tidak seperti yang saya rancang dan harapkan, tetapi mendapat komen yang baik dari kawan2.
habis sesi kedua, kami bersurai untuk siapkan diri untuk sembahyang jumaat.
tamat la workshop kami yang pertama ini.
harap2 ade la lagi workshop2 seperti ini dimasa hadapan.
terima kasih kepada senior2 yang sanggup and gigih membantu kami meningkatkan prestasi diri.
………