Category Archives: debat maya

terima kasih atas jawapan tersebut.

saya masih bersifat neutral,namun tidak juga bermaksud saya tiada pendirian yang jelas, cumanya saya inginkan segala kesangsian saya pada kerajaan sekarang dan pembangkang sendiri dirungkaikan.

pertama, isu yg saya bangkitkan sebelum ini, mengapa diserukan anak2 muda menyokong satu badan yang diakui kelemahannya?
dan anda jawap, perlu sokong sebab bn da terajui negara kita selama 50 tahun, dsbnya:

“BN adalah politik perpaduan yang sejati kerana terbukti 50 tahun lebih berjaya perintah negara. BN adalah harta yang perlu dijaga dan diwarisi oleh anak muda bila tiba masa. . .”

bagi saya itu masih belum menjawab kepada persoalan mengapa perlu dipilihkan bn.

kalau dah 50 tahun bn perintah, jadi apa?
angka 50 tahun masih tidak menjawab kenapa perlu anak muda pilih BN.
seolah2 anda cuba mengatakan begini,

“dek kerana sarawak telah diperintah oleh rajah putih selama 100 tahun bermakna kita perlu sokong rajah putih”

atau begini,

“kerana british dah perintah tanah melayu ratusan tahun, maka kita perlu pilih British”

maksudnya, saya dah berjaya jawab, kalau BN dah 50 tahun perintah malaysia pun, x bererti kami anak2 muda perlu pilih BN.
dan hari ini terbukti dalam BN berlaku masalah, maksudnya, dalam keadaan BN yang lemah dan bermasalah, apa perlunya kami anak2 muda pilih BN?

kedua, anda kata begini:

“…sebab hanya BN konsep yang sesuai utk malaysia iaitu ikut perlembagaan 1957 dan rukun negara”

mari saya tunjukkan kepada anda yang BN juga melanggar perlembagaan negara, iaitu kes perlanggaran artikel 152-bahasa melayu dalam isu ppsmi.

PPSMI bertentangan dengan seksyen 17(1) Akta 550 Akta Pendidikan 1996 dan dengan sendirinya bercanggah dengan kehendak dan tujuan Artikel 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi seperti berikut:

Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa ‘Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen.

Perkara 152(6) pula menyebut dengan perkara ini “maksud rasmi” ertinya apa-apa maksud kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Perkara-perkara berhubung dengan sistem pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kerajaan melalui kementerian pendidikan adalah bagi ‘maksud rasmi’ seperti dinyatakan oleh Artikel 152 (6) Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 152 hendaklah dipatuhi oleh kerajaan.

seksyen 17 (1) Akta 550:Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada sub seksyen ini.

Berasas kepada kehendak Artikel 152(1),(6) Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 17(1) Akta 550, adalah wajib bagi kesemua mata pelajaran teras diajar di semua sekolah menggunakan bahasa pengantar utama iaitu bahasa Melayu.

dan mata pelajaran teras ialah:

Mengikut seksyen 18(2) Akta 550, kurikulum kebangsaan adalah ditetapkan oleh Menteri Pendidikan dan beliau sudah pun menetapkan mata pelajaran teras yang menjadi asas utama pendidikan murid di semua sekolah. Sebagaimana ditetapkan, mata pelajaran teras pada peringkat sekolah rendah yang memerlukan bahasa pengantar ialah Matematik, Sains, Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam bagi murid Islam atau Pendidikan moral bagi murid bukan Islam.

nah, bukan kah sains dan matematik ialah matapelajaran teras, dan diperuntukkan dalam perlembagaan untuk meggunakan bahasa malaysia sbg bahasa pengantar di s.k dan bahasa ibunda di sjk, tetapi peruntukan perlembagaan itu telah dicabul oleh PPSMI dan PPSMI ialah gagasan BN?

sila jawab.(saya mencari jawapannya, tetapi masih belum menemukannya)

isu lain yang anda bangkitkan:

“gagasan lain semuanya anarki dan nak tukar negara ini jadi republik…. macam singapore dan indonesia dll. lihatlah di sana apa nasib marhein/org miskin? adakah kekayaan dibahagi dengan adil saksama?”

itu andaian anda yang tak berpaksikan kepada mana2 bukti dan juga fakta.
mari saya tunjukkan kepada anda kita ada parti lain yang berteraskan konsep PEMERINTAHAN ISLAM, PAS. adakah anda cuba hendak mengatakan PAS ialah parti yang membawa konsep pemerintahan yang salah? anarki dan republik? itu andaian anda semata2.

anda menyuruh anak2 muda menyokong BN sebab parti lain bermotifkan kerajaan anarki dan republik, buktikan dulu kenyataan anda itu. selagi anda hanya beranggapan kosong semata2, masih belum cukup meyakinkan anak2 muda menyokong legasi anda.

anda kata di Indonesia dan Singapore kekayaan x dibahagikan secara adil dan saksama, maksudnya anda sendiri tidak memahami konsep pembahagian kekayaan negara kita.

anda anggap di Indonesia dan Singapura pembahagian tidak adil dan saksama, dan anda samakan perkara tersebut akan berlaku di Malaysia jika bukan BN yang perintah, maka anda sedar atau tidak, BN itu sendiri tidak mengamalkan keadilan dan kesaksamaan dalam pembahagian kekayaan negara.

DEB, DPN, ekuiti org bumiputera, pemberian tender, biasiswa, pendidikan dan sebagainya, itu semua pembahagian tidak saksama dan tidak adil. berat kepada bumiputera, tetapi saya tidak pertikaikan, kerana itulah tunjang perlembagaan kita.

jadi, kenyataan anda seolah2 anda tuduh BN adil dan saksama dan parti lain tidak, tetapi yang sebenarnya, BN sendiri pun tidak adil, tidak saksama, dan parti2 yang laen, sbg contoh PKR, DAP, PAS, yang membawa konsep ketuanan rakyat, yang bertunjangkan keadilan dan kesaksamaan rakyat sejati.

maksudnya, anda bercanggah dengan keyakinan anda sendiri. anda kata BN adil dan saksama tetapi bukan BN yang adil dan saksama.
dan anda seru kami anak2 muda sokong parti yang adil dan saksama, maksudnya, kami tidak perlu sokong BN sebabnya terbukti BN tidak adil dan saksama(berat kepada bumiputera). betul atau tidak?

yang krisis perlembagaan 1988 sendiri anda tsilap tafsir.

krisis tersebut berpunca daripada campurtangan badan eksekutif dalam kuasa kehakiman.

dalam hal tersebut tengku razaliegh dan penyokongnya meminta perintah mahkamah untuk mengisytiharkan pemilihan jawatan dalam umno tidak sah dan menuntut pemilihan yang baru.

sbg badan kehakiman, mereka bertanggungjawab untuk respon terhadap perkara tersebut namun dek kerana keretakan dalam integriti umno sendiri, tun salleh abbas dipecat.

ini bukan kes badan kehakiman yang memasukcampur tangan dalam urusan badan eksekutif, tetapi badan eksekutif yang masuk campur dalam urusan kehakiman.

dan perlu saya igtkan, tengku razaleigh yang memohon perintah dari mahkamah ialah UMNO=BN, dan yang masuk campur tangan urusan kehakiman pada waktu itu ialah Dr. M iaitu umno=bn.

kes mahkamah kritik kerajaan di luar, anda jangan semudah itu menuduh, beri tahu semua, bila, dimana dan apa peristiwa yang berlaku, bukan bermain imaginasi anda semata2 bahawa ada tindakan kehakiman yang melampaui batasan dan mencampuri urusan badan eksekutif.

kerana sehingga pada hari ini, saya sahkan tiada tindakan badan kehakiman yang mencampuri urusan badan eksekutif, tetapi bukti badan eksekutif mencampuri urusan kehakiman sangat banyak seperti kes anuar ibrahim, kes pemecatan tun salleh abas, dan sebagainya.

dan masih anda gagal menjelaskan persoalan, mengapa ketiga2 bdn tersebut bergolak?
apa yang anda jelaskan ialah peristiwa atau keadaan pergolakan antara 3 badan tersebut.
mengapa badan tersebut bergolak, bercelaru dan bertingkah tidak anda jelaskan. persoalan saya seawal lagi tentang sebab pergolakan tersebut samaada disebabkan kekuatan parti pembangkang tidak dijelaskan.

tetapi anda tidak habis2 mengiyakan satu persatu masalah dalam 3 badan tersebut dan tidak menafikan yang masalah tersebut disebabkan kelemahan pentadbiran BN.

kerana andai benar pentadbiran BN betul2 brkesan dan kukuh, saya kira tidak akan berlaku krisis dalam perlembagaan dan sebagainya.

akhir kata, mengapa anda beriya menyeru kami menyokong BN andai BN terbukti tidak lagi berkesan untuk mentadbir negara.?