lalu ketakutan itu menerjah aku,
menghentam perasaan ku,
menggigilkan seluruh isi tubuhku.
tambah ketar pada hatiku.

ku lihat pada ruang,
gelap, dan kosong.
kelam dan malam.
sepi dan sunyi.
jauh dan sendiri.

hijau itu datang lagi.
mengajakku;
dihulurkan cahya kepadaku,

dicambahkan sedar kepada aku,

tetap nya aku begini.

andai aku terlena,
sedarkan aku supaya esok,

dapat lagi ku menikmati segarnya embun pagi ini.
andai aku degil,
pimpin aku,
jangan tinggalkan aku,

kerana aku tak mahu keseorangan;

kerana masih aku takut pada satu kegelapan.

dont leave me

dont leave me alone

Post a Comment

*
*