Monthly Archives: April 2009

berdebar jugak nak tunggu debat perpaduan ni.

entah la, takut bile nak digandingkan dengan junny dan hairul tu.

si junny ni bukan boleh buat maen, igt lagi masa die naik angin masa debat fomca 2008, seram..

hehe.

em, pape pun, thanx to them, bg kepercayaan utk saya beraksi nanti di pentas debat perpaduan unimas.

harap2 berita gembira menanti di sana.

ada satu lagi perkara, berkenaan debat terbuka arau 25 mei ni, saya da janji nak tolong budak2 kusess buat preparation utk ppm, tp hati ni nak jugak tampil beraksi sendiri.

huhu, pening2…

tgk la dulu macam mana.
yg debat arau ni pun utp x sure agi anta ke x.

tp kalau antar, alamatnye, ppm saya x dapat la.

andai dapat dibelah dua tubuh ini…hehe..

lagi satu, minggu ni tensen nak siapkan diri utk test2 second every subject.

esok sampai ade dua test.

aduhai..penin2…

em…
malam ni ade training, so nak study for tomorrow nye test or trainin..

hati kuat suruh g training, study x masuk pun..hehe(akal jahat..hohoho)

tgk la mcmana, sbb katenye ujung minggu ni, upm, upsi, mmu nak datang utp, buat frendly match.

and saya kena beraksi juga, utk tgk prestasi utk perpaduan nanti.

penin2…

em…
huh……..

tolong saya…

membanggakan!

satu perkataan yg sesuai menggambarkan apa yang saya rasakan untuk pasukan debat kusess.

bertindak ex-senior yg dtg menjenguk, memang terharu apabila apa yang kami tinggalkan dulu ,masih menjadi pegangan adik2.

cuma yg mengecewakan sedikit, ialah lemahnya dalam isi n penghuraian hujah.

entahlah, kemahiran ini bukan dapat di ajar dalam masa x sampai 24 jam saya bersama mereka, cuma saya harapkan walau tidak dapat diaplikasikan semasa debat teresebut, sekurang2nya, untuk ppm nanti, adik2 kusayang akan mengguna pakai cara tersebut.

kepada cikgu yg setia bersama kami, terima kasih, kini sudah genap 10 tahun bersama pasukan debat, dari hanya seorg bidan terjun, kepada seorg yg sgt mahir dalam selok belok debat, tahniah dan terima kasih diatas kesabaran cikgu melayan karenah kami.

terima kasih kusess.

aku mahu mengaduh,
mengadu kepada-Nya,
aku sekarang menjadi takut,
berjalan di dunia,
kerna terselit agenda disetiap satunya.

dan,
hari ini aku menangis, baru aku tau,
air mata itu masin rasanya.